Jumaat, 31 Mei 2013

Tips ~ Teknik Solekan Untuk Wanita Yang Memiliki Kulit Hitam Manis



Salam Jumaat semua... 
Hari nie aku nak share tips solekan dengan hampa semua..;D


Solekan merupakan perkara asas yang perlu wanita ketahui. Melalui solekan yang sempurna, ia dapat menyerlahkan lagi penampilan dan kejelitaan seseorang wanita. Oleh itu, pemilihan solekan yang bersesuian dengan tona kulit harus dititikberatkan bagi mengelakkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Di sini terdapat beberapa tips solekan yang berguna bagi wanita berkulit hitam manis:


Pilih Warna Natural Atau Warna-Warna Yang Dekat Dengan Kulit Anda


Dalam asas solekan, perkara yang paling penting adalah bedak asas atau foundation. Sekiranya anda tersalah memilih warna foundation atau bedak asas, kulit anda akan kelihatan lebih gelap daripada warna asal dan wajah akan kelihatan bertambah kusam. Jadi, wanita yang memiliki kulit hitam manis, anda dinasihatkan agar memilih foundation atau bedak asas yang warnanya seakan-akan tona kulit. Elakkan daripada menggunakan foundation dan bedak yang tebal.

Pilihan Aku : 
Aku jarang guna foundation sebab berat..
So aku pakai yang 2 in 1 punya.. 
~ M.A.C Studio Perfect SPF 15/PA+  (No.42)
~  M.A.C Prep+Prime Fortied Skin Enhancer Illuminateur De Teint SPF 35/PA+++
~ Mary Kay Sun Protector SPF 35/PA+++ (Terbaik)


Penggunaan Eyeliner


Eyeliner merupakan alat solek yang penting bagi menonjolkan ilusi pada bahagian mata agar mata kelihatan lebih galak dan cantik. Namun begitu, bagi wanita berkulit hitam manis, anda dinasihatkkan agar tidak melukis garisan di kelopak mata dengan garisan yang terlalu tebal, memadai hanya garisan yang nipis.

Pilihan Aku : 
~ M.A.C  Penultimatre Eye Liner Pinceau Eye-Liner Liquide (RapidBlack)
~Lancome Le Crayon Khol Noir (Black)
~ Elianto
~ Silky Girl
~ Maybelline


Penggunaan Pembayang Mata


Bagi wanita yang memiliki kulit hitam manis, anda disarankan agar memilih rona coklat keemasan untuk solekan mata bagi menambahkan kilauan serta menonjolkan lagi kemanisan wajah anda. Namun begitu, elakkan daripada menggunakan warna cerah seperti warna putih atau perak, kerana ia bakal meneggelamkan kecantikan.
Pilihan Aku : 
~ M.A.C 
~ KATE (eye shadow/real create eyes/gradical eyes)

Mascara pilihan aku pulak..
~ M.A.C
~ Lancome
~ Maybelline
~ Silky Girl


Penggunaan Pemerah Pipi


Pemerah pipi merupakan alat solek yang paling penting bagi menonjolkan kecantikan wajah. Oleh itu, pemilihan pemerah pipi yang sesuai bakal menaikkan lagi pesona dan kemanisan seseorang wanita. Bagi wanita yang berkulit hitam manis, anda disarankan agar memilih pemerah pipi daripada rona pink rose, peach, bronze dan juga plum.

Pilihan Aku : 
~ M.A.C Mineralize Blush (Stratus)


Penggunaan Warna Gincu Bibir


Gincu bibir merupakan alat penting bagi setiap wanita. Bagi wanita berkulit hitam manis, rona gincu bibir yang sesuai dengan anda adalah daripada rona terang, kerana ia mampu menambahkan lagi seri di wajah anda. Namun begitu, elakkkan daripada memilih rona coklat tua, kerana ia akan menambahkan lagi kegelapan di wajah anda.

Pilihan Aku:
~ M.A.C
~ Mary Kay


Sedikit tambahan.. aku jugak selalu guna...
~ M.A.C Make Up Remover (jenis oil punya)
~Lancome Eye Remover (terbaik)
~ M.A.C Mineralize Charged Water Skin Hydrating Mist Brume Hydratante



Salam Jumaat...
Esok cuti..Yeayyy ;p

~ Sharing is Caring ~






16 ulasan:

  1. nice...just cadangan je...ape kata akak wat make up tutorial video lak? hehehehe

    BalasPadam
  2. cantiknya.. thanks farah, bagus tips ni.. akak selalu hentam je make-up.. hihi..

    BalasPadam
  3. wahh..tips y berguna.. :) suka2.. :))

    BalasPadam
  4. InsyaAllah Bella..nnti akak try usahakan yer..btw thanks atas cadangan tue.. ;p @Bella Isabella

    BalasPadam
  5. farah pun tahu sikit2 jer akak..bole la xnk bagi muka tue nmpk pucat sangat.. ;p @Mizz Aiza

    BalasPadam
  6. hai.. salam kenal..

    folllower ke 111 (waa.. cantik nomo ni)


    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. wah byknya alat mekap u mahal mahal pulak tu. i tak pandai mekap huwaa :((

    sweetla u mekap. just nice tak over pun :)

    BalasPadam
  8. tahniah dan terima kasih...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/06/may-2013-love-me.html

    BalasPadam
  9. Hi..thanks follow i..nnti i p terjah u pulak k..skrg nk kuar jap..:p @tenku butang

    BalasPadam
  10. Skin i jenis sensitif..mmg xbole pakai sebarang produk.. Pernah pakai yg murah jugak tp xsesuai.. So terpaksa la stick dgn yg sesuai jer walaupun agak mahal sikit..lgpun brand MAC tahan lama bila pakai...so berbaloi la..hehehe... I mmg suka make up light2 jer.kalau xmake up muka nmpk pucat pulak..huhuhu ;p @cha

    BalasPadam
  11. No prob akak..akak kulit dh cantik..xmake up pun dh cantik..hehehe ;p @Farah Waheda Wahid

    BalasPadam